Media Battle Game in 5 Seconds

Manga

Battle Game in 5 Seconds dicipta oleh Saizō Harawata. Harawata pertama kali melancarkan siri ini sebagai komik web dan pembuatan semula yang diilustrasikan oleh Kashiwa Miyako mula diterbitkan di aplikasi MangaONE dan laman web Ura Sunday milik Shogakukan masing-masing pada 11 Ogos dan 18 Ogos 2015.[4][5][6] Shogakukan telah mengumpulkan bab-babnya ke dalam jilid tankōbon individu. Jilid pertama dikeluarkan pada 26 Februari 2016.[7] Setakat 12 Julai 2021, tujuh belah jilid telah dikeluarkan.[8]

Comikey secara digital menerbitkan manga dalam bahasa Inggeris sejak 12 Julai 2021.[9] Manga ini dilesenkan di Indonesia oleh Elex Media Komputindo.[4]

Senarai jilid

No.Tarikh keluaran bahasa JepunISBN bahasa Jepun
1 26 Februari 2016[7]ISBN 978-4-09-127028-3
2 17 Jun 2016[10]ISBN 978-4-09-127308-6
3 19 Oktober 2016[11]ISBN 978-4-09-127384-0
4 17 Mac 2017[12]ISBN 978-4-09-127549-3
5 19 Julai 2017[13]ISBN 978-4-09-127656-8
6 12 Disember 2017[14]ISBN 978-4-09-128047-3
7 19 Mac 2018[15]ISBN 978-4-09-128219-4
8 19 Julai 2018[16]ISBN 978-4-09-128426-6
9 19 Oktober 2018[17]ISBN 978-4-09-128637-6
10 19 Februari 2019[18]ISBN 978-4-09-128754-0
11 12 Jun 2019[19]ISBN 978-4-09-129231-5
12 11 Oktober 2019[20]ISBN 978-4-09-129416-6
13 19 Februari 2020[21]ISBN 978-4-09-129588-0
14 18 Jun 2020[22]ISBN 978-4-09-850112-0
15 19 November 2020[23]ISBN 978-4-09-850334-6
16 18 Mac 2021[24]ISBN 978-4-09-850481-7
17 12 Julai 2021[8]ISBN 978-4-09-850620-0

Anime

Pada bulan November 2020, ia telah diumumkan bahawa manga akan menerima sebuah adaptasi siri televisyen anime.[25] Siri ini dianimasikan oleh SynergySP dan Vega Entertainment dan diarahkan oleh Nobuyoshi Arai dengan Meigo Naito berperanan sebagai ketua pengarah, Touko Machida mengendalikan komposisi siri, Studio A-Cat menghasilkan animasi CG, dan Tomokatsu Nagasaku dan Ikuo Yamamoto mengendalikan reka bentuk watak.[2] Ia ditayangkan secara perdana pada 13 Julai 2021 di saluran Tokyo MX dan BS11.[26] Lagu tema pembukaan, "No Continue", dibawakan oleh Akari Kitō, sementara lagu tema akhir, "Makeibe Jikkyō Play" (負けイベ実況プレイ, lit. "Let's Stream Playthrough of the Bad Ending"), dinyanyikan oleh 15-sai to Seiko Oomori.[2] Crunchyroll melesenkan siri ini di luar Asia.[27] Muse Communication melesenkan siri ini di Asia Selatan dan Tenggara.[28] Muse Communication juga melesenkan siri ini untuk siaran sarikata bahasa Melayu di saluran YouTube Muse Malaysia.

Rujukan

WikiPedia: Battle Game in 5 Seconds http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/manga... http://deago.web.fc2.com http://www.urasunday.com/fiveseconds/index.html https://www.animenewsnetwork.com/news/2017-07-03/e... https://www.animenewsnetwork.com/news/2020-11-11/b... https://www.animenewsnetwork.com/news/2021-05-05/b... https://www.animenewsnetwork.com/news/2021-07-03/c... https://www.animenewsnetwork.com/news/2021-07-12/c... https://www.crunchyroll.com/anime-news/2018/07/06-... https://www.crunchyroll.com/anime-news/2021/08/17-...